Di Sebalik Majoriti Menurun, Pengundi Sebenarnya Sudah Hargai Sentuhan BN

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berlapang dada dengan kurangnya undi majoriti yang diperolehi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam menerusi keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai yang diumumkan malam tadi.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN masih mempertahan kubu BN di sini dan akan berusaha untuk memperbaiki majoriti 2,949 berbanding 4,048 pada PRU-15.

Bagaimanapun dengan keputusan malam tari, Wan Rosdy menaruh keyakinan bahawa rakyat menghargai sentuhan BN di kawasan Pelangai.

”Penurunan sedikit tu kita tidak dapat elakkan tapi kita telah buat sehabis baik dan insya Allah kita akan melihat kenapa terjadi begitu dan kita akan baiki.

”Yang pertama pengundi-pengnudi telah merasai sentuhan wakil-wakil rakyat sebelum ini yang berjenamakan BN/UMNO dan saya percaya mereka juga telah banyak menyumbang pembangunan.

”Di Pelangai banyak juga jasa mereka Tan Sri Long Nan ( Adnan Yaakob) dan begitu juga Allahyarham Datuk Seri Johari mereka merasakan sentuhan itu jugalah mereka merasakan sentuhan BN supaya apa yang dilakukan wakil rakyat sebelum ini dapat diteruskan oleh calon BN,” katanya ketika ditemui media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi PRK N.36 di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH – 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon Pejuang 65 undi).

Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mula dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada Barisan Nasional-UMNO (BN-UMNO), dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022).

Johari yang juga anak jati Pelangai dicalonkan BN-UMNO pada PRU15 dan mengekalkan kerusi itu untuk terus menjadi kubu kuat DUN di Pahang dan kini legasinya diteruskan oleh Amizar.

PRK Pelangai menyaksikan BN mendapat mendapat 7,324 undi manakala Kasim Samat dari Perikatan Nasional(PN), 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya mendapat 47 undi.

BBerkaitan

Latest articles