Di Sebalik Kontroversi, Ebit Lew Bawa Keluarga Bercuti Ke Switzerland

KUALA LUMPUR: Menerusi perkongsian di laman sosialnya, pendakwah terkenal, Ebit Liew dilihat membawa isteri dan anak-anak bercuti di Switzerland.

Ebit selamat tiba di lokasi percutian berkenaan, susulan kebenaran kerajaan untuk merentas negara dan memenuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa dalam mengawal penularan COVID-19.

“Alhamdulillah, sudah sampai Swiss. Bidadariku, baikkan Allah. Dia yang beri segala-galanya. Bahagia dari Allah. Dialah yang beri bahagia dahulu, kini dan selamanya.

“Tugas kita mengenali-Nya. Bersyukur kepada-Nya. Ya Allah betapa diriku menyayanginya. Sayanglah padanya… Sayanglah pada kami.

“Hanya kasih sayang-Mu yang kami harapkan. Dapat reda Allah dapatlah segala-galanya. Berilah reda-Mu kepada kami semua,” katanya.

Evot turut memuatnaik beberapa foto dan video bersama keluarganya yang dirakam di negara berkenaan.

Rata rata pengikut Ebit mendoakan kesejahteraan pendakwah itu ketika berada di negara orang dan menikmati percutian dengan tenang.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini