More

    Di Kala Kejatuhan Warisan Di Sabah, Shafie Kata ‘Jangan Buang Masa Dengan Berpolitik’

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu kepentingan rakyat negeri itu diutamakan, terutama dari segi ekonomi selepas negara ini dilanda wabak Covid-19.

    Kenyataan itu menyusul selepas kerajaan pimpinannya, dikatakan sedang berada dalam keadaan goyah dengan peralihan kuasa bakal berlaku dan Tan Sri Musa Aman kembali sebagai ketua menteri Sabah.

    Apatah lagi laporan media sejak kebelakangan ini menyebut bahawa Musa semakin hampur mendapatkan sokongan majoriti daripada kesemua ADUN Sabah.

    “Kita tidak harus membuang masa dengan terus berpolitik. Sebaliknya keutamaan sekarang ialah memastikan kehidupan rakyat terjamin,” kata Shafie.

    Shafie yang juga Presiden Warisan menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membangunkan ekonomi dan memajukan rakyat Sabah, malah hal ini tidak boleh dilihat sebagai cara mendapatkan sokongan politik terhadapnya.

    Kerajaan negeri terdiri daripada Warisan, Upko, DAP dan PKR.

    Umno, PPBM, STAR dan PBS mempunyai sokongan 20 Adun, termasuk 3 Bebas, dan salah seorang daripadanya merupakan ahli yang dilantik.

    Sebanyak 13 kerusi lagi diperlukan mereka bagi mencapai majoriti mudah dalam DUN yang mempunyai 65 kerusi.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini