Dewan Tertinggi BN Setuju Jadi Pembangkang

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini mencapai keputusan untuk gabungan itu kekal sebagai pembangkang, susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata BN turut mengambil sikap berkecuali untuk tidak menyokong mana-mana gabungan yang menang, iaitu Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

“Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) walau apa yang jadi sekalipun.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah buat keputusan bahawa kita tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.

“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles