More

    Dewan Rakyat Bincang Nasib Penoreh Getah Hari Ini

    Persidangan Dewan Rakyat Hari ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah pendapatan golongan penoreh getah.

    Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu berkenaan terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung usaha kementerian itu dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi itu yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

    Selain itu Dewan Rakyat turut membincangkan mengenai tapak pembinaan yang mematuhi standard operasi prosedur (SOP) COVID-19 serta jumlah tapak pembinaan yang tidak patuh SOP dan tidak dibenarkan untuk beroperasi.

    Soalan itu diajukan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi kepada Menteri Kerja Raya.

    Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook pula meminta Perdana Menteri menyatakan apakah ulasan daripada pihak Peguam Negara terhadap keputusan kerajaan membatalkan kontrak projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) kepada syarikat Dhaya Maju LTAT dan implikasi perundangan yang bakal dihadapi.

    Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari ketiga.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini