Tumpuan kepada Sidang Dewan Rakyat hari ini pastinya kepada perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas dibentangkan Jumaat lepas.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, perbahasan akan bermula sebaik selesai sesi soal jawab lisan yang akan membuka tirai hari keenam persidangan itu, yang mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen; 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas dibenar berada dalam dewan pada satu-satu masa.
Antara yang bakal dijawab adalah langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk siswazah baharu serta pekerja yang diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi tahun ini.
Begitu juga dengan langkah-langkah proaktif bersama badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menyuarakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi Israel untuk mengiktiraf penjajahan ke atas Palestin.
Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.Dewan Rakyat Bahas Perbahasan RUU Perbekalan 2021