Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pembangkang untuk tidak mengambil kesempatan di atas situasi berkenaan, sebaliknya bekerjasama dan berjiwa besar untuk menyokong Belanjawan 2021 jika benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

“Jika pembangkang menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, mereka perlu ikhlas dan berjiwa besar termasuklah menyokong Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini demi kepentingan negara dan rakyat.

“Dalam situasi sekarang tiada keperluan untuk Perdana Menteri berundur kerana kepemimpinan beliau diperakui Yang di-Pertuan Agong dalam mengemudi negara menghadapi cabaran semasa terutama penularan COVID-19.

“Tuntutan beberapa pihak yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatan atas alasan moral hanya untuk memuaskan nafsu mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bung, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menegaskan gesaan supaya Muhyiddin meletak jawatan bukan jaminan keadaan politik negara semakin stabil.

“Kita tidak menolak wujudnya beberapa kelemahan tapi ia masih boleh dibaiki berbanding dengan apa yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan sebelum ini,” katanya.

Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu juga mengajak semua rakyat Malaysia bersatu-padu menghormati keputusan Seri Paduka supaya negara terus aman dan usaha membanteras Covid-19 dapat dilaksanakan dengan baik.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini