Derita Kerana Covid-19, Ibu Masak Batu Untuk Hidang Pada Anak

Seorang ibu tunggal menanggung keperitan kerana kehilangan kerja akibat wabak Covid-19 sehingga memaksa dirinya memasak batu untuk lapan orang anaknya.

Peninah Bahato Katsao terpaksa berbuat demikian supaya kesemua anaknya tertidur sebelum batu tersebut siap dimasak.

Sebelum ini Peninah mengambil upah mencuci pakaian namun kini tidak dapat bekerja selepas Kenya mengarahkan perintah berkurung untuk mengekang penularan wabak.

Tangisan anak-anaknya akibat kelaparan sentiasa didengari jiran-jirannya. Mereka bagaimanapun sedar dengan tipu helah yang dilakukan ibu mereka.

Bapa mereka pula meninggal dunia akibat dibunuh tahun lalu dan kesemua mereka tinggal di sebuah rumah dengan dua bilik tidur tanpa kelengkapan bekalan air dan elektrik.

Kesusahan Peninah mendapat perhatian orang ramai dan memberinya bantuan.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini