DAP memaklumkan pihaknya tidak akan berpakat secara politik dengan UMNO, namun bersedia bekerjasama sekiranya membabitkan kepentingan rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian selepas parti itu didakwa akan berganding bahu dengan UMNO susulan pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15.
“Tiada halangan untuk kami kerjasama dengan UMNO membabitkan kepentingan rakyat tetapi bukan atas dasar parti.
“Sebagai contohm sebelum ini DAP bersetuju dengan UMNO agar sidang Parlimen diadakan bagi membahaskan isu berkaitan COVID-19,” katanya.
Terdahulu, UMNO menegaskan ia menolak kerjasama dengan BERSATU, menerusi sepucuk surat daripada Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mengambil kira pandangan akar umbi.
Malah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga berkata keputusan itu juga dibuat selepas mempertimbangkan kedudukan parti itu dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik COVID-19.