Demi Nak Menang, PAS Reka Cerita Keselamatan Sanusi Terancam

KUALA LUMPUR: PAS dan Perikatan Nasional (PN) kini giat menyebar dakwaan kononnya keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sedang terancam.

Kononnya kerajaan ada ‘rancangan jahat’ dan mahu pengundi dan penyokong mereka mempercayai apa yang sedang dilalui Muhammad Sanusi.

Naratif itu sedang dimainkan untuk menarik simpati rakyat, demikian menurut Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Pendakwaan berlaku melibatkan kesalahan menghina DYMM Sultan Selangor. Perbicaraan telah ditetapkan lambat lagi selepas PRN. Isu kecurian nadir bumi (REE) perlu diambil tindakan menurut lunas undang-undang.

“Ada pun dalam pilihan raya kita bersaing tanpa memerlukan provokasi melibatkan keselamatan seseorang,” tulis di Facebook.

Tambah Khairuddin sekiranya benar dakwaan terhadap Muhammad Sanusi itu berlaku, beliau sendiri akan tampil mempertahankan seseorang daripada kezaliman.

“Tetapi rakyat semakin celik tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi. Tetapi rakyat semakin celik untuk tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi,” katanya.

Hari ini media melaporkan, Muhammad Sanusi tidak muncul pada ceramah di Kedah malam tadi selepas dikatakan dinasihat supaya ‘berhenti sementara’ daripada menghadiri program seperti itu.

Keputusan berkenaan dibuat selepas ada pihak didakwa ‘memasang perangkap’ untuk menjatuhkannya.

BBerkaitan

Latest articles