Deklarasi Kemaman: Wujud DKUICK, Perhebat Ekosistem AIM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Bin Ibrahim menerima Deklarasi Kemaman yang disampaikan oleh
Presiden Jawatankuasa Penaja Dewan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Kebangsaan
(DKUIK), Masayu Binti Ismail sambil disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang
Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussain Bin Syed Junid dan Pengarah Urusan
AIM, Shamir Aziz.

Isi kandungan deklarasi antara lain menyatakan persetujuan pimpinan-pimpinan Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarelawan (KUICK) untuk menubuhkan Dewan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Kebangsaan (DKUICK).

Penubuhan DKUIK antara lain berperanan sebagai wahana untuk membantu kelestarian ekosistem AIM melalui dua kepentingan utama iaitu keusahawanan dan kesukarelaan.

Terdahulu Perdana Menteri hadir pada program Kenduri Rakyat Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) Cawangan Kemaman, yang turut dihadari seramai lebih 3,000 Sahabat
Usahawan AIM di sekitar Kemaman.

Turut hadir pada Kenduri Rakyat yang dibuat secara bergotong-royong oleh Sahabat
Usahawan dan warga kerja AIM ini adalah Pengurusan-pengurusan Kanan AIM.

Deklarasi Kemaman telah dibuat pada 28 November 2023 dalam Konvesyen Khas
KUICK Nasional yang dihadiri 512 perwakilan yang terdiri daripada empat pimpinan
teratas KUICK dari 128 Kelab dari seluruh negara.

BBerkaitan

Latest articles