Dedikasikan Kemenangan PH-BN Di Enam PRN Untuk Salahuddin

KUALA LUMPUR: Menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub satu kehilangan besar buat arena politik negara, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyeru pengundi dan penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) ‘mendedikasikan’ pilihan raya (PRN) kepada Timbalan Presiden Amanah itu.

Ini kerana bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berhasrat tinggi mewujudkan kestabilan politik dan perpaduan nasional agar Malaysia dapat bangkit semula menjadi negara bertaraf dunia.

“Akan menjadi satu perkara yang bertentangan dengan visi Salahuddin untuk melihat pertukaran Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Dan pastinya menjadi harapan Salahuddin untuk melihat perubahan politik di Kedah, Kelantan, dan Terengganu dan melihat negeri-negeri ini diangkat dari kedudukan mereka sebagai negeri-negeri termiskin kepada negeri-negeri termaju di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Ujar bekas Pengerusi DAP itu lagi, Salahuddin sebelum ini berkali-kali menegaskan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai agenda yang lebih berteraskan rakyat berbanding Perikatan Nasional.

Malah dalam ucapan terakhir Salahuddin dinceramah Jelajah Perpaduan Madani di Batu Buruk, Terengganu telah mendedahkan terdapat usaha pintu belakang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan dengan menghasut ahli Kabinet Barisan Nasional (BN).

“Salahuddin mengatakan: ‘Ahli-ahli Kabinet, termasuklah yang dari BN dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan adalah antara yang paling stabil, kuat, harmoni, dan tidak termakan dengan hasutan-hasutan sebegini.

‘Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar adalah kerajaan yang paling stabil dan kuat dan sentiasa berusaha untuk menguruskan masalah-masalah yang dihadapi rakyat’,” katanya.

Justeru menurut Kit Siang, sudah tiba masanya untuk semua orang dari semua parti mengukuhkan ikatan demi manfaat untuk rakyat.

BBerkaitan

Latest articles