Debat Kabotaj : Pengundi Melaka Harus Lihat Kualiti Di Antara Pemimpin DAP dan MCA

Pengundi Melaka Khususnya di kawasan yang ditandingi oleh Parti DAP harus melihat apa yang berlaku di dalam sesi debat diantara Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Mantan Menteri Kewangan di zaman PH malam tadi.

Melihat kepada isu-isu dan jawapan yang dibangkitkan di dalam sesi debat 2 tokoh kepimpinan dari masyarakat cina itu seharusnya membuka mata pengundi di Melaka, pemimpin parti manakah yang bijak memainkan isu serta parti manakah yang memberikan fakta serta bertanggungjawab di atas amanah yang diberi.

Jika melihat kualiti perdebatan yang sangat sihat di dalam politik di negara kita malam tadi, segala persoalan yang harus dijawab serta momokan yang dilontarkan berjaya dijawab berlandaskan dengan fakta yang tepat tanpa terbawa-bawa dengan emosi oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sementara fakta yang yang paling tepat yang dihujahkan oleh Lim Guan Eng malam tadi hanyalah satu ialah, padangan dari pengerusi MDEC iaitu Dr Rais Husin mengenai isu Kabotaj berkenaan yang datangnya dari parti BERSATU di mana rakyat pon boleh tahu, siapakah yang menulis mengenai buku manifesto Pakatan Harapan, dan parti apa pula yang menerajui kerajaan selepas kejatuhan PH tempoh hari. Jadi kita tahu kualiti yang mereka ada.

Justeru wajarlah masyarakat Cina memberikan peluang kepada parti MCA untuk memberikan khidmat kepada masyarakat di dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang bakal berlangsung bermula minggu depan.

Dan wajar juga Pengundi Di Melaka memberikan ajaran yang istimewa untuk parti yang diwakili oleh Lim Guang Eng di dalam PRN Negeri Melaka nanti kerana sudah jelas, terang lagi bersuluh mereka hanya pandai memainkan emosi, melemparkan tuduhan, dan meraih simpati namun apabila diberi amanah oleh rakyat, maka apa yang rakyat akan dapat samalah seperti yang berlaku ketika PH menjadi pemerintah tempoh hari.

Quah Lin Seong
Peranakan Melaka

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini