DBKL Wajib Tanam 100 Pokok Bagi Setiap 1 Pokok Yang Ditebang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memotong mana-mana pokok yang tidak selamat.

Arahan berkenaan merujuk setiap pokok yang ditebang, perlu digantikan dengan 100 pokok lain.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar (Datuk Kamarulzaman Mat Salleh) iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” kata Anwar.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata,DBKL telah diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara, baru-baru ini.

Pada masa sama, DBKL juga diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Ia ekoran dua kejadian pokok tumbang yang berlaku baru-baru ini.

Kejadian pertama berlaku pada 7 Mei lepas, dimana pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang sehingga meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.

Terbaru pada dua hari lalu pokok tumbang juga dilaporkan berlaku di ibu kota dan hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Bagaimanapun pokok berkenaan menghempap bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringi Ab Rauf.

BBerkaitan

Latest articles