DBKL gantung sementara premis berkaitan video tular hina agama – Jalaluddin

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu-isu sebegini dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan telah dilakukan secara serta merta

Itu tindakan DBKL berhubung video tular seorang perempuan dipercayai sengaja menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ujar Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menurutnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan siasatan awal, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 yang boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

“ Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga difahamkan telah melakukan siasatan melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.
Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian katanya di dalam satu kenyataan media pagi ini.

Tambah Jalaluddin lagi Ini sebagai suatu mesej jelas bahawa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

Saya berharap insiden sebegini tidak akan berulang lagi di mana-mana premis yang berada dalam Wilayah Persekutuan mahupun di seluruh negara.

Justeru, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, disamping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi katanya.

BBerkaitan

Latest articles