Datuk K Jadi Saksi Kes Rasuah, Penggubahan Wang Haram Ahmad Zahid Hari Ini

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan memberi keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khalid atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk K’ itu tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi tadi.

Setakat ini, seramai tujuh saksi bagi pihak Timbalan Perdana Menteri itu sudah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu sedang membela diri 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid sudah tidak lagi mengendalikan kes berkenaan sebaliknya digantikan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, keputusan untuk menggantikan Raja Rozela sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti.

BBerkaitan

Latest articles