DAP Tak Layak Hidup Di Malaysia Kerana Sikap Rasis

JOHOR BAHRU: Sudahlah rasis, malah DAP juga mendapat pengaruhnya di negara ini atas fitnah yang dilemparkan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, DAP berkuasa di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu juga kerana manifesto palsu dan mematikan ‘karakter’ BN sehingga kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Namun ternyata parti tersebut gagal mentadbir negara.

“Semua provokasi kaum meningkat jadi semua berpecah, semuanya daripada DAP daripada ahli-ahlinya .DAP mencetuskan pelbagai isu mencetuskan kemarahan bangsa lain.

“PH (Pakatan Harapan) pula pada ketika itu dipimpin oleh Muhyiddin (Yassin) dan hari ini saya nampak Muhyiddin terikut-ikut dengan trend DAP di mana mesti menyalahkan orang lain, orang lainlah perompak, orang lainla penipu, orang lainlah pembohong.

“Dia buat macam dia orang suci bersih dan maksum. Jadi saya nasihatkan jentera parti jangan terikut dengan perangai mereka sebab mereka menang tetapi kemenangan tidak ada hikmah, dia dan Allah rampas daripada dia,” katanya yang ditemui selepas majlis perjumpaan beliau bersama jentera UMNO Sabah di Tiram malam tadi.

Sementara itu, Bung Moktar berkata, sama ada menang atau kalah dalam PRN Johor, Pilihan Raya Umum (PRU) tetap akan diadakan.

Untuk itu, jelas beliau, jentera dari Sabah seharusnya mengambil ilmu dari PRN Johor memandangkan negeri itu merupakan medan pertama menghadapi pengundi muda.

“Tambah pengalaman untuk bawa ke Sabah dalam berdepan PRU nanti. Sama ada BN menang atau kalau di bumi Johor ini PRU tetap akan diadakan dalam masa terdekat.

“Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan marilah kita menghayati perjuangan dan ilmu yang digarap di bumi Johor ini. Hari itu di Melaka tetapi tiada pengundi 18 tahun sebagai pengundi dan hari ini berbeza di Johor.

“Harapan saya marilah kita sama-sama menetapkan nawaitu kita demi perjuangan agama bangsa dan negara kita. Insyallah kita akan menang dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan di negeri kelahiran UMNO ini,” ujarnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles