DAP ‘Lupa’ Bagaimana Kerajaan Sabah Dibina

Susulan dakwaan DAP bahawa bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sebagai terdesak untuk berkuasa kembali, Umno kemudiannya mempersoalkan apakah parti pimpinan Lim Kit Siang itu ‘lupa’ bagaimana kerajaan Sabah terbentuk.

Reaksi itu datangnya daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang menghantar satu ciapan di akaun Twitternya.

Beliau turut mengingatkan DAP bahawa rakyat negeri itu juga menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“DAP pura-pura lupa bagaimana dan bila kerajaan negeri Sabah dibentuk. Bahkan ketua menteri yang sekarang pun bukanlah seseorang yang dimahukan oleh rakyat Sabah. Wakil rakyatnya sendiri pun menolak beliau. Pengundi Kimanis juga menolak dirinya,” sanggah Annuar.

Dalam satu lagi ciapan susulan, Annuar juga berkata pentadbiran Shafie juga dibentuk dengan membawa masuk ‘katak-katak’ dari parti lain.

Kerajaan Sabah kini terbubar selepas wujudnya komplot peralihan kuasa kepada Musa, bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...