DAP Luah Rasa Terkejut Dengan Isu Kerjasama PH-Umno Di Johor

Susulan kesediaan Pakatan Harapan (PH) untuk menjalin kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan baru di Johor, DAP yang merupakan salah satu parti komponen di dalam gabungan itu meluahkan rasa terkejut dengan perkembangan berkenaan.

UMNO Pertimbang Tarik Diri Dari Menyokong Perikatan Nasional

Apatah lagi Majlis Pimpinan PH sentiasa mengamalkan musyawarah dalam mengadakan perbincangan dan tindakan.

Terdahulu PH Johor memberi gambaran kerjasama yang akan diambil bersama Umno mampu dicapai jika parti berkenaan menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sebagai salah satu parti komponen PH negeri, DAP Johor berasa agak terkejut dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama PH-UMNO Johor untuk bentuk kerajaan negeri. Hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan PH Johor.

“Pada hemat kami, sebarang usaha atau strategi untuk mengembalikan mandat rakyat dan membentuk kerajaan haruslah dalam makluman dan persetujuan bersama Majlis Pimpinan PH Johor,” kata kenyataan itu.

Perkembangan tersebut berkaitan dengan kesediaan Umno untuk menarik diri daripada kerajaan PN seperti yang dicapai menerusi mesyuarat parti itu, kelmarin.

Bagaimanapun Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menggesa Umno mengamalkan sikap ‘gentleman’ sekiranya benar mahu menjalinkan kerjasama dan tidak membuat ugutan politik.

Malah beliau menambah gabungan tersebut sedia menerima mana-mana ADUN yang pernah bersama PH ketika pilihan raya umum yang lalu atau daripada Umno sendiri jika kembali mahu memegang tampuk kerajaan negeri.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...