DAP Ikhlas, Mereka Rakan UMNO

KUALA LUMPUR: Masih ada sebilangan penyokong UMNO, terutama di kawasan kampung dan rancangan Felda yang masih dimomokkan DAP adalah lawan dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu jentera di enam negeri yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini menjelaskan kepada akar umbi dan rakyat mengenai komitmen DAP untuk mempertahankan empat perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, keikhlasan dan komitmen DAP menjadikan BN menjadi sebahagian dalam Kerajaan Perpaduan perlu dinyatakan jentera BN nanti.

“Pastikan di Negeri Sembilan dan lima negeri lain isu ini kita mesti jawab untuk kita dapat memberi penjelasan kepada orang lain, kita mesti jelaskan kepada ahli-ahli kita.

“Saya harap kepimpinan UMNO khususnya jangan bimbang, DAP adalah kawan kita, mereka akan melindungi empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madan dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan, malam tadi.

Berhubung PRN Negeri Sembilan, beliau memberitahu, jentera UMNO dan BN akan turun padang membantu kemenangan di kesemua 36 kerusi termasuk yang ditandingi oleh PH.

Ahmad Zahid menyatakan bahawa kerjasama antara jentera BN dan PH di Negeri Sembilan pada tahap yang terbaik.

“Dalam situasi begitu komitmen daripada semua, iltizam untuk kita memenangkan negeri ini, kita kekalkan balik terus jadi kerajaan di negeri ini.

“Yang penting rakyat di Negeri Sembilan mesti disejahterakan, dimakmurkan,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles