DAP Hormat Bila Kerajaan Bantu Melayu, Islam

KUALA LUMPUR: Stigma rakyat hari ini bahawa DAP adalah parti berbahaya kepada kaum Melayu dan Islam perlu diubah, itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Malah Presiden UMNO itu juga menegaskan DAP tidak pernah mencampuri urusan kerajaan memartabatkan agama Islam di negara ini.

“Bila Perdana Menteri mengemukakan perkara-perkara yang menyentuh mengenai kesyumulan agama Islam, pertambahan peruntukan untuk menobat, memartabat dan mempertingkatkan darjat dan harkat Islam, adakah YB Anthony Loke menentang?

“Tidak kerana DAP menghormati kedudukan agama Islam (jadi) bagaimana kita dituduh kononnya Islam terancam,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Reaksi Ahmad Zahid itu merujuk kepada serangan pembangkang yang tidak habis-habis menggunakan modal ‘Undi UMNO dapat DAP’ sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan modal ‘Undi UMNO dapat DAP’ dan sebaliknya yang digunakan parti lawan untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah cubaan memesongkan pemikiran rakyat dan tidak matang.

Ujarnya, tindakan itu juga menunjukkan pemimpin pembangkang sudah ketandusan modal dan cuba memperbodohkan rakyat.

Sedangkan, DAP langsung tidak meletakkan calon di Kelantan serta Terengganu, sebaliknya semua calon Barisan Nasional (BN) diwakili UMNO dan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH), sebagai menunjukkan rasa hormat mereka kepada masyarakat setempat.

BBerkaitan

Latest articles