More

    DAP: Beri Kemenangan Tanpa Bertanding Kepada Umno Di Gerik

    DAP hari ini menyeru kesemua parti politik untuk tidak meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Gerik susulan kematian penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman, semalam.

    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemenangan tanpa bertanding perlu diberikan kepada Umno, sebagai usaha mengekang penularan COVID-19 semasa pilihan raya kecil.

    “Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

    “Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan Umno,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Ahli Parlimen Bagan itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah.

    “DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ahli parlimen Umno Gerik, Hasbullah Osman yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

    “Walaupun berada di sebelah pihak berlawanan, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli parlimen dan kepada rakyat di kawasannya,” katanya lagi.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini