DAP: Anwar Sendiri Kena Buktikan Sokongan Terhadapnya

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mendedahkan bahawa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan dua hari lepas tidak menyentuh secara mendalam berkenaan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru.

“Tidak ada perkembangan, itu saja,” katanya seperti memetik laporan Malaysiakini apabila diajukan perincian mesyuarat berkenaan.

Anthony, dalam masa yang sama berkata Presiden PKR itu perlu membuktikan sokongan yang diperolehinya seperti yang didakwanya dalam sidang media tergempar, Rabu lalu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya keyakinan DAP untuk Anwar mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.

“Tidak perlu dikatakan ada keyakinan atau tidak. Terserah kepadanya untuk membuktikannya.

“Saya tidak tahu. Anda harus bertanya kepadanya,” katanya lagi.

Pada Isnin, PH mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH yang dikatakan bakal membincangkan usaha Anwar membentuk kerajaan baru dan menaikkan dirinya sebagai perdana menteri, susulan dakwaannya bahawa memperolehi sokongan majoriti untuk menumbangkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dikatakan pemimpin-pemimpin PH akan memberikan petunjuk terhadap usaha Anwar itu namun kesemua mereka bertindak tidak memberikan komen lanjut berhubung mesyuarat berkenaan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini