Dalang Macau Scam Akan Direman Esok

Alvin Goh Leong Yeong, suspek utama dalam sindiket Macau Scam akan direman esok setelah polis berjaya menahannya di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang pada Selasa lalu.

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah POCA selepas reman tiga hari ke atasnya berakhir hari ini.

“Alvin Goh hari ini ditangkap bawah POCA dan kita akan membawa dia ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk permohonan perintah reman (reman baharu) bagi meneruskan siasatan di bawah POCA.

“Kita pasukan polis akan memohon reman selama 21 hari bawah Seksyen 4(1) POCA,” kata beliau dalam mesej ringkas kepada wartawan hari ini.

Alvin, yang sebelum ini meloloskan diri dengan bertindak memanjat pagar Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 12 Oktober lalu menjadi buruan polis.

Bagaimanapun dia berjaya ditangkap di sebuah pusat peranginan di Pahang pada Selasa lalu hasil risikan pihak polis bersama seorang wanita warganegara China, yang dipercayai sebagai teman wanitanya.

Suspek dikehendaki polis untuk siasatan terhadap tiga kes jenayah iaitu bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dengan perjudian online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini