Dakwaan Video Pornografi Babitkan Pelajar Sekolah Perlu Ditangani Segera

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya video pornografi yang membabitkan murid sekolah di negara ini.

Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membendung isu tersebut.

“Kita ambil serius sepenuhnya dan kita bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anak-anak kita terus dilindungi khususnya anak-anak di peringkat sekolah.

“Maksudnya kalau ada pun maksudnya perbincangan itu adalah melibatkan sesama kita di peringkat kementerian dan pihak berkuasa supaya kita dapat bendung dari segi keselamatan sebab bila kita sebut anak sekolah ini adalah keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM di kementeriannya, hari ini.

Semalam, media melaporkan, bahan penderaan seksual kanak-kanak amat mudah diakses di Malaysia dengan video dijual di platform media sosial hanya dengan harga serendah RM1.

BBerkaitan

Latest articles