KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo diarahkan untuk membayar RM20,000 terhadap pendakwah selebriti, Ebit Lew atas dakwaan menjadi mangsa rogol.
Hukuman itu dijatuhkan Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada hari ini.
Ebit Liew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew menerusi perkongsian di dalam laman sosialnya berkata, Mandy perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 dan faedah sebanyak 5 peratus setahun bermula daripada tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.
“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya,” katanya sambil berkongsi tangkap layar writ saman Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
Dalam pada itu, Ebit Liew juga mendedahkan saman beliau terhadap penyanyi dan penulis lirik, Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli yang menyiarkan podcast berkaitan dakwaan terbabit akan berlangsung pada Mei ini.
Pada 6 Jun tahun lalu, pasukan pendakwaan tidak meneruskan dakwaan tuduhan rogol Mondy, susulan itu Ebit Liew telah memfailkan saman terhadap wanita itu dan Caprice.