Dakwaan Merogol Seorang Wanita, Polis Tangkap Pendakwah Muda

Seorang pendakwah muda yang popular menerusi sebuah rancangan televisyen telah ditangkap polis malam tadi atas dakwaan disyaki merogol seorang wanita yang juga kenalannya dalam media sosial di Shah Alam pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sekitar 11 malam tadi selepas hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan ekoran laporan polis daripada mangsa rogol pada Rabu lalu.

Baharudin memaklumkan kejadian rogol berlaku di Studio I-Soho, Seksyen 7, Shah Alam dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.

“Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan saspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik saspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah saspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.

“Mangsa telah dirogol oleh saspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada keesokan hari, selepas kejadian iaitu 12 September 2019 lalu sekitar jam 6.40 pagi, suspek didakwa memberikan amaran kepada mangsa supaya merahsiakan apa yang berlaku dan memberi amaran yang mangsa sentiasa dipantau setiap masa.

Suspek bertindak menghantar mangsa ke bawah lobi apartmennya dan mangsa pulang ke rumah sewanua di Subang Jaya dengan menaiki Grab.

Hampir dua minggu selepas kejadian itu, iaitu pada 23 September 2019, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan serta dirujuk ke rawatan psikiatri.

“Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.

“Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital yang sama,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan saspek yang ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, sejak semalam tular di laman sosial dakwaan seorang pendakwah bebas merogol seorang kenalan wanitanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini