More

    Dakwaan Anwar Sebagai Taktik Raih Undi Di PRN Sabah

    Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berkata selain tidak mempercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau juga menyifatkan dakwaan kononnya mempunyai majoriti sokongan ahli-ajli parlimen itu sebagai satu taktik meraih undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

    “Sebahagian dari strategi lah…raih undi untuk PKR (di PRN Sabah),” katanya ketika ditemui di Pekan Bingkor.

    Tambahnya, dakwaan Presiden PKR itu sebagai tidak berasas apatah lagi ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyatakan sokongannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

    Reaksi itu menyusul selepas Anwar, pada kelmarin mendakwa dirinya mempunyai sokongan majoriti daripada ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti untuk membolehkannya membentuk kerajaan baru.

    Anwar memaklumkan dirinya cuba bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan perkara itu namun terpaksa ditangguhkan memandangkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin.

    Umno, menerusi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ramai ahli parlimen parti itu memberi sokongan kepada Anwar.

    Bagaimanapun butiran siapakah yang menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu masih tidak didedahkan.

    Sehingga kini hanya DAP dan Amanah sahaja yang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini