Dakwa Upin Ipin Tiada Syurga, Fizi Dah Minta Maaf…

Baru-baru tular rasa tak puas hati di kalangan netizen gara-gara dialog di dalam salah satu babak daripada musim 14, Syahdu Syawal dalam Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin.

Fizi, salah satu karakter di dalam animasi berkenaan dilihat menyinggung perasaan kembar popular itu dengan menyatakan tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai ibu.

Dialog itu menyusul selepas Mail memberitahu syurga setiap anak berada di bawah telapak kaki ibu.

Selepas dilanda kontroversi, Fizi tampil membuat permohonan maaf pada petang semalam menerusi satu video yang dimuatnaik di YouTube Les Copaque, yang dipaparkan Fizi membuat panggilan video pada pagi raya dan mengakui silapnya.

“Hai, saya Fizi. Berdirinya saya di sini untuk memohon maaf pada Upin dan Ipin. Fizi tak sengaja tersalah cakap hari tu. Lepas kena cubit dengan Mail, Fizi dah insaf. Jadi janganlah marah Fizi lagi, Fizi sedih,” kata Fizi.

Upin dan Ipin menyambung babak berkenaan dengan menerima permohonan maaf daripada Fizi dan memintanya untuk tidak menangis lagi.

BBerkaitan

Latest articles