Dakwa PKR Hanya Pentingkan Perjuangan Individu, 250 Ahli Ampang Keluar Parti

Memberi alasan tidak lagi percaya dengan perjuangan parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, seramai 250 ahli PKR Ampang mengumumkan tindakan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Selaras dengan keputusan itu, Naib Ketua Cabang PKR Ampang, D Nallan memberitahu PKR cabang Ampang kini terbubar secara automatik selepas dua pertiga daripada ahli jawatankuasa keluar parti.

Kumpulan tersebut terdiri daripada 13 ahli jawatankuasa cabang kawasan itu, 12 dari AMK dan sembilan jawatankuasa wanita.

“Dalam perlembagaan (parti) ada fasal yang (menyebut) boleh bubar parti jika dua pertiga keluar.

“Kita ada dua pertiga ahli jawatankuasa yang dipilih dari AMK, Ketua Wanita dan Cabang,” katanya di sidang media, petang tadi.

PKR Ampang sebelum ini dipimpin oleh bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang telah meninggalkan parti dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, satu lagi sidang media diadakan selepas pengumuman keluar parti itu, oleh 23 ahli jawatankuasa PKR Ampang yang menegaskan cabang masih wujud dan menyatakan sokongan kepada pimpinan Anwar.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini