Dakwa ‘Mood’ PRN Kali Ini Berbeza, PH Mula Rasa Bahang Kekalahan?

MUAR: Adakah kerana mengetahui Pakatan Harapan (PH) akan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyebabkan gabungan itu belum memuktamadkan calon menteri besarnya?

Ditambah pula dengan kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang pihaknya masih ragu-ragu sama ada PH bakal menang dalam PRN Johor, selepas tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

Mohamad juga mendakwa suasana PRN Johor kali ini juga sama sekali berbeza dengan ‘mood’ Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, tiada ramalan yang tepat setakat ini berkaitan jumlah pengundi yang bakal keluar mengundi selain melibatkan faktor pertembungan banyak penjuru.

“Pertama, kami tak dapat ramalkan peratus keluar mengundi dan yang kedua terlalu banyak penjuru, paling kurang empat dan ada sehingga enam penjuru.

“Kita tak dapat nak ramal seperti sebelum ini, kali ini memang tak boleh nak agak. Jadi kita buat sahaja lah kerja.

“Saya ingat Barisan Nasional pun tak boleh nak ukur sebab mereka pun berpecah tapi di kawasan middle class dan kawasan bandar kita (PH) boleh menang dengan mudah,” katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Mega PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir di Kampung Sungai Terap malam tadi.

Jelas Ahli Parlimen Kota Raja itu, rakyat juga masih takut untuk keluar mengundi memandangkan jumlah kes positif Covid-19 yang terlalu tinggi.

Selain itu, beliau turut mengakui kehadiran masyarakat setempat dilihat agak perlahan pada setiap siri ceramah yang dianjurkan oleh gabungan itu.

“Rakyat masih takut dengan Covid-19, kehadiran pun masih perlahan di mana-mana ceramah kerana Covid-19 ini memberikan kesan yang besar,” u arnya.

Pada PRN Johor kali ini, Amanah dan DAP yang menggunakan logo PH akan bertanding di 30 kerusi DUN manakala PKR di 20 kerusi dan tujuh lagi ditandingi Parti Ikatan Demokratik Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles