Dakwa Kerajaan Anwar ‘Tak Boleh Diharap’ Kerana Muhyiddin Terdesak Menang PRN

KUALA LUMPUR: UMNO memahami persepsi negatif yang cuba ditanam Perikatan Nasional (PN) terhadap Kerajaan Perpaduan hari ini, dengan mendakwa ia sebagai kerajaan yang ‘tak boleh diharap:.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin percaya kritikan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilakukan kerana PRN akan diadakan di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, dan Kelantan, dan semestinya gabungan politik itu hendak menang.

“Sudah tentu beliau akan menggambarkan semuanya negatif kerana partinya hendak memenangi undi.

“Kerajaan perpaduan ini baru berkuasa beberapa bulan dan pelbagai pembaharuan yang membabitkan perubahan struktur memerlukan masa,” katanya memetik FMT.

Baru-baru ini Muhyiddin mengkritik pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa timbul banyak rungutan mengenai cara ekonomi dikendalikan, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar faedah, dan pasaran saham yang tidak bersemangat.

Menjelaskan hal itu, Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, banyak perbezaan pentadbiran Anwar dengan Muhyiddin yang mengisytiharkan darurat negara pada 2021 untuk membendung wabak Covid-19 dan menggantung Parlimen semasa darurat, menyebabkannya dikritik hebat pelbagai pihak.

BBerkaitan

Latest articles