Dai’e Akan Didakwa Di Dua Mahkamah Hari Ini

 

Pendakwah yang mencetuskan kontroversi selepas ditahan reman dengan pelbagai tuduhan seksual akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya dan Shah Alam hari ini, berhubung siasatan kes rogol, cabul dan seks luar tabii.

Pendakwaan ke atas suspek berusia 25 tahun yang juga peserta program realiti agama itu dibuat selepas perintah reman terhadapnya disambung lima hari bermula 7 Disember lalu.

Suspek dipercayai akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya terlebih dahulu sebelum ke Mahkamah Shah Alam untuk beberapa pertuduhan.

Suspek sebelum ini direman 10 hari bermula 27 November lalu berhubung dakwaan kes rogol kenalan Instagram di Seksyen 7 Shah Alam, yang didakwa berlaku pada September tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 November selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung kes itu.

Selain itu, Polis daerah Petaling Jaya turut mengesahkan menerima dua laporan terhadap suspek membabitkan dakwaan merogol serta dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Kes rogol berlaku 22 Oktober tahun lalu, dilaporkan seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Lembah Klang.

Kes cabul dan seks luar tabii pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun, berlaku di rumah suspek di Damansara Perdana kira-kira jam 1 pagi pada 17 Oktober lalu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini