Dahi Berlubang, Cedera Di Muka, Mata Akibat Dilanggar Lari

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal bersama adiknya berusia lapan tahun ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah di Bukit Katil, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari ketika mangsa, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, menunggang motosikal selepas mengambil adiknya dari Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Bukit Katil menuju ke Duyong.

“Mangsa dipercayai menunggang di laluan kiri sebelum sebuah kereta yang tidak diketahui nombor pendaftarannya melanggar mereka dari arah belakang sebelah tepi, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

“Difahamkan kejadian berlaku selepas mereka melepasi kawasan sekolah, dalam keadaan trafik sibuk kerana ramai ibu bapa sedang mengambil anak masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata mangsa mengalami luka kecil dan lebam pada kaki serta tangan, manakala adiknya cedera di bahagian dahi kanan yang berlubang, luka kecil di muka dan bengkak pada mata.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Melaka. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles