Dah Sampai Masa DAP Diharamkan

Bukan sesuatu yang pelik pun kekecohan yang berlaku pada Konvensyen DAP Perak semalam.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sebelum ini perkara sama pum pernah berlaku pada pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu pada 2013 yang mana DAP pernah terpalit dengan unsur penipuan berhubung penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilannya.

Pada ketika itu, wujudnya usaha untuk memberi kemenangan kepada seorang pemimpinnya untuk memegang jawatan paling kanan dalam biro politik DAP.

Menurut Noor Hariri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) perlu bertegas dalam hal itu bagi menjaga integriti badan yang menjaga pengurusan organisasi pertubuhan.

“Hak perwakilan ahli parti perlu diberi dengan adil bagi membolehkan perubahan dapat dilakukan dalam organisasi,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Semalam, berlaku kekecohan di sekitar Konvensyen DAP Perak apabila timbul dakwaan berlaku penipuan jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi ahli jawatankuasa parti di peringkat negeri itu.

Kekecohan itu berlaku di luar dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), sejurus berakhir ucapan alu-aluan daripada Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dipercayai kekecohan timbul apabila kumpulan dipercayai memihak Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran mengatakan pihak penganjur membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa ditetapkan.

Noor Hariri yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas mendakwa penganjur mesyuarat semestinya mewakili pasukan Kor Ming.

Katanya, cara dangkal seperti itu dibuat oleh barisan kepimpinan sekarang bagi mengekalkan kedudukan mereka.

“Sudah tentu kelayakan masa pendaftaran merupakan perkara mandatori yang membolehkan parti DAP dibatalkan pendaftarannya,” ujar beliau.

Latest articles

Related articles

spot_img