Cukup-cukuplah Dakwa Ada Calon PM Lain Selain Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh berkempen semakin rancak diadakan, pelbagai dakwaan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan Barisan Nasional (BN), sekaligus memperlekehkan setiap calon yang bertanding.

Ini termasuklah dakwaan kononnya wujud aku janji untuk menggugurkan kesemua kes-kes mahkamah yang disabitkan terhadap pemimpin UMNO, mengangkat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri, begitu juga dengan naratif satu undi kepada calon seperti undi kepada Presiden UMNO.

Menjelaskan hal itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menggesa setiap piha, terutama pengundi di PRU15 untuk tidak mudah mempercayai segala fitnah yang kini semakin mudah dan cepat disebarkan di media sosial.

“Tidak ad kena mengena dengan hendak menggugurkan kes mahkamah.

“Jauh sekali hendak menamakan calon PM yang lain selain dari apa yang diputuskan parti.

“Andai BN diberikan mandat, nama calon PM yang akan dibawa untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong adalah nama yang sedia ada iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya ketika ditemui pemberita.

Untuk rekod, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat April lalu sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

BBerkaitan

Latest articles