Cucu Jadi Mangsa Cabul Datuk

Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai, Johor Bahru, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah memaklumkan tangkapan terhadap lelaki berumur 74 tahun itu pada jam 7.50 malam Sabtu lalu, selepas polis menerima laporan yanb dibuat oleh bapa kanak-kanak itu pada pukul 1.44 tengah hari, hari yang sama.

Ujar Fariz Ammar, lelaki berkenaan dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga cucunya termasuk kanak-kanak itu ketika kedua-dua ibu bapa mereka bekerja.

“Kita terima laporan daripada anak suspek yang berusia 37 tahun, yang mendakwa anak perempuannya itu dicabul datuk kandungnya di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka, malah kanak-kanak itu mendakwa perbuatan jijik itu berlaku sebanyak tiga kali,” katanya menerusi kenyataan.

Fariz Ammar berkata kanak-kanak itu dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan interim di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan nanti akan mendapat rawatan susulan oleh pakar kaunseling dari Unit Psikiatri HSA.

Katanya warga emas itu kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles