Covid-19 : PM Kena Kuarantin 14 Hari di Rumah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya, memaklumkan tindakan itu diambil selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu, disahkan positif Covid-19.

“Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.
“Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” kata kenyataan itu.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya Rabu lalu.

Katanya, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan ketat setiap masa.

BBerkaitan

Latest articles