Covid-19 : Pastikan Warga Emas Tidak Keluar Rumah – KKM

Jika anda tinggal bersama ibu bapa anda yang merupakan warga emas dan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan buah pinggang, anda kena pastikan mereka tidak keluar dari rumah untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Facebook KKM, jika keluarga anda memerlukan bekalan ubat anda perlu mendapatkan maklumat lanjut dari kemudaha perubatan kerajaan yang terdekat.

“KKM menyediakan banyak kemudahan seperti penghantaran secara pos atau pandu lalu.

“Bagi mengekalkan penjarakan sosial di fasiliti kesihatan, antara cadangan sedang diteliti ialah pesakit boleh menunggu dalam kenderaan sehingga tiba giliran,” katanya.

KKM memaklumkan, norma-norma baharu kini adalah realiti bukan lagi fantasi.

Bersama hantaran berkenaan, turut dilampirkan ialah gambar graf yang menunjukkan jumlah kematian mengikut kategori umur.

Statistik paling tinggi direkodkan ialah umur warga emas kira-kira 60 tahun ke atas iaitu sebanyak 33.3 peratus dan menurut KKM golongan itu yang ada penyakit kronik adalah yang paling terdedah untuk dijangkiti Covid-19 dengan mudah.

Esok, 4 Mei 2020 kerajaan telah memutuskan untuk membuka sebahagian besar ekonomi untuk kembali beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Orang ramai boleh mula keluar bekerja jika terlibat dalam sektor yang dibenarkan tetapi mereka perlu mematuhi prosedur operasi yang amat ketat melibatkan menjaga jarak sosial dan penjagaan kebersihan. – TRI

BBerkaitan

Latest articles