Covid-19: Mengapa perlu saringan yang lebih banyak dilakukan

  • Saringan yang telah di lakukan di Malaysia, 69,675 (2,153/1 juta populasi)
  • New Zealand: 51,165 (10,610/1 juta populasi)
  • Korea Selatan: 477,304 (9,310/1 juta populasi)

Saringan membawa kepada pengenalpastian pantas kes-kes Covid-19, rawatan yang lebih cepat untuk yang positif dan pengasingan segera bagi mencegah penyebaran.

Ujian awal juga membantu mengenal pasti sesiapa yang bersentuhan dengan orang yang dijangkiti supaya mereka juga dapat dirawat dengan cepat.

Memang penting untuk membantu merawat, mengasingkan atau menghantat ke hospital orang yang dijangkiti. Saringan yang meluas juga amat penting bagi mendapatkan gambaran kesihatan awam yang lebih besar dalam usaha mitigasi, membantu penyiasat mencirikan kelaziman, penyebaran dan menular penyakit.

Sebahagian besar masalah ialah ketidakupayaan untuk melakukan “penyelidikan sentuhan” (contact investigation). Siasatan ini melibatkan memikirkan semua orang yang dijangkiti mungkin bersentuhan dengannya.

Ini memerlukan banyak masa dan tenaga – dua sumber yang tidak terdapat dalam sistem yang dalam krisis. Kita dengan mudah dapat melihat kes-kes boleh disebarkan dengan mudah dan pantas sekiranya tiada maklumat daripada penyiasatan sentuhan.

Dari awal saya bercakap mengenai jumlah saringan walau berapa pun kosnya amat penting untuk mempercepatkan proses pengawalan. PKP antara lain bagi memudahkan proses saringan.

Banyak syarikat telah membuat kajian mengeluarkan test kit segera (rapid test kit) Civid-19 dan telah memasarkannya samada yang antigen atau antibodi.

Malaysia boleh memilih mana-mana test kit yang telah dibuktikan lebih baik dan tepat untuk melakukan saringan seramai mungkin tanpa mengira kos yang terpaksa ditanggung berbanding kesan ekonomi dan sosial sekiranya Covid-19 gagal di bendung lebih awal.

Di bawah ini adalah perbandingan saringan Malaysia yang populasinya 32 juta berbanding New Zealand 5 juta, perbezaan 1/6.

……
Malaysia [1]
Area: 329,847 km²
Population: 31.62 million
Total case: 4,228
New case: –
Total death: 67
Total recovered: 1,608
Active case: 2,553
Serious/Critical: 4
Total case/1M pop: 257
Total death/1M pop: 2
Total test: 69,675
Test/1M pop: 2,153

……..
Korea Selatan [2]
Area: 100,210 km²
Population: 51.47 million
Total case: 10,423
New case: –
Total death: 204
Total recovered: 6,973
Active case: 3,246
Serious/Critical: 55
Total case/1M pop: 203
Total death/1M pop: 4
Total test: 477,304
Test/1M pop: 9,310
…..

New Zealand [3]
Area: 268,021 km²1
Population: 4.794 million
Total case: 1,239
New case: –
Total death: 1
Total recovered: 317
Active case: 921
Serious/Critical: 72
Total case/1M pop: 131
Total death/1M pop: 0.2
Total test: 51,165
Test/1M pop: 10,610

…….

Dari maklumat diatas kita dapat melihat pola geraf bagi kes baru yang dijangkiti dengan melonjak tinggi dan pantas menurun menuju kepada ‘flat’ di New Zealand dan Korea Selatan berbanding Malaysia kerana mereka melakukan saringan yang meluas. Korea Selatan telah melakukan lebih awal, ketika gelombang pertama lagi.

[1] https://www.worldometers.info/coronavirus/country/malaysia

[2] https://www.worldometers.info/coronavirus/country/south-korea/

[3] https://www.worldometers.info/coronavirus/country/new-zealand/

BBerkaitan

Latest articles