Covid-19 Lebih Teruk Dari Serangan Pearl Harbour, Tragedi 9/11, Kata Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini memberitahu wabak Covid-19 yang semakin bertambah bilangan kematian dan kes baru di negara itu sebagai suatu serangan yang paling buruk dalam sejarah negaranya.

Beliau menyifatkan wabak berkenaan lebih teruk berbanding serangan bom di Pearl Harboir dalam Perang Dunia Kedua oleh Jepun, bahkan lebih menyakitkan berbanding serangan 9/11 ke atas Bangunan World Trade Centre.

“Dan ia tidak patut berlaku. Ia patut dihentikan dari pusat penularan. Ia patut telah dihentikan di China. Ia patut berhenti betul-betul pada puncanya. Dan ia tidak berlaku,” katanya kepada wartawan di Rumah Putih.

Covid-19 di AS telah meragut nyawa hampir 73,000 orang dengan jangkitan lebih 1.2 rakyatnya.

Trump memberitahu kerajaannya sedang mempertimbangkan hukuman ke atas China atas pengawalan awal penularan virus itu.

Sebaliknya buat Beijing apabila negara itu mendakwa AS ingin mengalihkan perhatian dari menangani serangan kesihatan tersebit.

“Saya anggap musuh yang tak dapat dilihat ini sebagai peperangan. Saya tak suka bagaimana ia boleh di sini, kerana ia boleh dihentikan, tetapi tidak, saya anggap musuh yang tidak boleh dilihat ini seperti perang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles