Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

  • Berpunca daripada seorang kakitangan bank yang mementingkan diri sendiri tidak melakukan kuarantin diri sekembali dari Itali
  • Sebagai pembawa beliau telah menularkan kepada staff lain yang tidak tahu telah dijangkiti menularkan pula kepada keluarga

Seorang Staff RHB Balik dari Itali tidak melakukan ‘self kuarantin‘ atau saringan Covid-19. Tetap hadir bekerja walaupun diminta kuarantin diri 14 hari.

Dengan rasa tidak bersalah tetap hadir bekerja di Bank.

Anak kepada arwah kes 1031 bekerja di bank yang sama dengan pembawa yang baru kembali dari Itali (kes 1580).

Tanpa menyedari berlaku kontak dengan kes 1580 dan dijangkiti, anak kepada kes 1031 membawa pulang virus.

Sehingga lah tiba-tiba ibunya menghadapi masalah pernafasan & meninggal.

Jenazah telah dikebumikan dengan cara biasa kerana tidak mengetahui telah positif Covid-19.

Virus menular kepada saudara-mara yang menziarahi jenazah dan mereka yang memandikan jenazah kes 1031.

Kemudian dua (2) orang adik beradiknya pula (anak kes 1031) mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital.

Beberapa hari kemudian baru keputusan keluar dan mereka disahkan positif Covid-19 Positif. Kedua-duanya kemudiannya juga meninggal dunia.

Hari ini, 05/04 (kes 2210) adalah adik mangsa pertama kluster ni (kes 1031) pula meninggal.

Satu family kena dan 5 orang telah meninggal dunia huga menyebabkan keluarga mereka di pulaukan oleh orang kampung sedangkan mereka adalah mangsa kepada rakan sekerja yang kembali dari Itali tetapi tidak melakukan kuarantin diri atau membuat saringan Covid-19.

Kes 1580 yang yang punca kepada kluster masih sihat.

BBerkaitan

Latest articles