COVID-19: Kes Baru 3,027, Paling Tinggi Setakat Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan angka harian tertinggi jangkitan baru COVID-19 di negara ini dengan 3,027 kes,

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif.

“Daripada jumlah itu, 3,021 adalah kes penularan tempatan, manakala enam lagi adalah kes import.

“Terdapat 142 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 63 kes lagi menggunakan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan di Facebook kementerian itu.

KKM turut melaporkan kes kematian meningkat hari ini kepada lapan orang, ini menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 521 kes setakat ini.

Dalam pada itu, kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,145 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh bertambah kepada 102,723 orang di seluruh negara.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, Johor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,103 jangkitan baharu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negeri itu meningkat kepada 9,002 kes.

Pertambahan kes harian turut dicatatkan di Selangor dengan 706 kes dan Sabah iaitu 494 kes.

Menurut KKM, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu kekal kepada 47 kes.

BBerkaitan

Latest articles