COVID-19: Jumlah Positif Dan Sembuh Paling Tinggi Setakat Ini

Meskipun jumlah kes positif baharu COVID-19 dicatatkan sebanyak 4,275 kes pada hari ini, namun terdapat peningkatan bagi kes pesakit yang sembuh.

Data terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyaksikan kes pulih direkodkan sebanyak 4,313 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan bilangan sebanyak 42,769 kes dengan 260 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala, 103 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat tujuh kes kematian baharu hari ini dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak itu di di negara ini iaitu 667 kematian.

BBerkaitan

Latest articles