COVID-19 : Jangkitan Global Sudah Melepasi Angka 5 Juta Orang

Jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sudah melepasi angka 5 juta orang semalam ketika China sudah merancang untuk mengumumkan mereka “menang” menentang wabak itu manakala di Eropah, ia masih merekodkan jumlah kematian tertinggi.

Brazil sekarang sudah jadi negara ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dan Russia, sambil Presidennya, Jair Bolsonaro, terus menggesa gabenor wilayah untuk menamatkan perintah berkurung di rumah, selain mempromosikan ubat anti malaria untuk melawan jangkitan wabak itu.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump pula berusaha untuk membawa kembali Amerika Syarikat (AS) menjadi “hebat” dengan membuka semula negara berkenaan secara berperingkat.

BACA JUGA – Kadar Sembuh Pesakit Covid19 Di Malaysia Melebihi Purata Global

Walaupun jumlah kematian setiap hari tidak lagi meningkat, kerugian masih lagi menekan dengan lebih daripada 1,500 kematian tambahan dilaporkan dalam 24 jam semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di AS lebih dari 93,400.

Trump yang dilihat terdesak untuk kerjaya politiknya dengan pilihan raya akan berlangsung pada November nanti, masih terus menuduh China sebagai penyebab kepada kematian di seluruh dunia.

Beijing pula dengan Presiden Xi Jinping bertekad untuk mengetengahkan kisah kejayaan mengatasi wabak yang bermula di negaranya akhir tahun lalu sebelum melanda seluruh dunia.

Dalam normal baharu, China juga sudah mengadakan acara politik terbesar tahunan iaitu Persidangan Perundingan Politik Rakyat China selepas sebulan tergendala akibat COVID-19.

Ini mungkin akan menjadi kesempatan bagi Jinping untuk menyatakan kemenangan sepenuhnya dalam ‘perang rakyat’ terhadap virus itu, menurut Prof Politik Sains di University of Toronto, Diana Fu. – TRI

BBerkaitan

Latest articles