Covid-19: Hanya Kerajaan Malaysia Sahaja Prihatin Beri Bantuan Untuk Rakyat

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran memberitahu kerajaan Malaysia merupakan satu-satunya kerajaan yang mengambil berat nasib rakyatnya dengan memberi pelbagai insentif sepanjang pandemik Covid-19 melanda dunia.

Ujarnya, negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada juga tidak menyalurkan bantuan yang serupa kepada rakyatnya.

“Hanya di Malaysia atau Only In Malaysia sahaja perkara yang sedemikian boleh berlaku. Rakyat dan masyarakat di negara ini memang diutamakan oleh pihak kerajaan demi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin.

“Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia patut berbangga dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mohammad Shatar menyentuh bantuan kerajaan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi, pakej prihatin dan pakej PENJANA adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat semasa berhadapan dengan virus Covid-19.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat Malaysia menyokong kepimpinan negara di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai lagi inisiatif di masa hadapan.

“Selain daripada itu tanda terima kasih masyarakat kepada kerajaan juga boleh dizahirkan melalui pematuhan kepada peraturan dan perancangan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk kemakmuran dan kejayaan negara di masa hadapan.

“Dengan adanya sekongan dan kerjasama erat seperti ini pastinya ia mampu untuk mengwujudkan kerajaan yang stabil dan mampu untuk terus memimpin untuk kecemerlangan yang berterusan,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles