Covid-19 : Chow Kit Jadi Lokasi Langkah Pentadbiran Bersasar Kerajaan

Kerajaan mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secra pentadbiran di kawasan sasaran yang di mana ada kes jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) yang mendadak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tumpuan kerajaan ketika ini adalah di kawasan yang dikenal pasti berlaku peningkatan kes jangkitan.

“Jika ada kenaikan mendadak, kita akan membuat PKP secara pentadbiran dahulu seperti di Chow Kit.

“Semalam sudah disebutkan kalau berlaku peningkatan lagi, mungkin kawasan itu akan dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD) pula.

“Sekarang kita sasarkan kawasan berkenaan (jangkitan mendadak) berdasarkan lokaliti dan kluster,” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.

Seorang anggota tentera berkawal di Chow Kit di depan kawat berduri yang diletakkan di mana kawalan di situ diperketatkan. Tidak ada PKPD di laksanakan di kawasan berkenaan setakat ini. Foto The Rakyat Insight.

Sebelum itu Datuk Seri Ismail Sabri menjawab soalan langkah akan dilaksanakan kerajaan susulan pertambahan Zon Merah daripada sembilan kepada 10 kawasan semalam termasuk Petaling.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa memantau jumlah kes positif di mana-mana kawasan termasuk di Petaling.

“Kalau kita lihat dari dulu Petaling ini memang kawasan merah kerana ada dua kawasan jadi merah iaitu Seri Petaling dan Lembah Pantai.

“Tetapi tumpuan kita bukan seperti dahulu, bukan seluruh Petaling tapi di kawasan dikenal pasti saja. Kita bersedia menghadapi perkara disebutkan tadi,” katanya.

Sidang media itu pada setiap hari disiarkan secara langsung di televisyen tempatan dan kebanyakan platform media sosial media arus perdana.

Sementara itu, kes baharu Covid-19 di negara ini masih kekal dua angka iaitu 45 kes dengan satu daripadanya ada kes import dengan satu kes kematian baharu hari ini.

Tinjauan The Rakyat Insight Di Chow Kit

TRI turut melakukan tinjauan siang tadi di sekitar Jalan Raja Bot melihat keadaan kawalan keselamatan itu yang kini diperketatkan.

– TRI

BBerkaitan

Latest articles