More

    Covid-19: Bimbang haiwan peliharaan dijangkiti? Ini perkara anda perlu tahu

    • Tidak dinafikan terdapat kes haiwan dijangkiti Covid-19 termasuk yang terbaharu seekor harimau disahkan positif
    • Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengesahkan tiada bukti jelas bahawa Covid-19 boleh menjangkiti manusia melalui haiwan
    • Mandikan haiwan peliharaan selain tidak membiarkan haiwan berkenaan keluar dari rumah

    Penularan wabak Covid-19 yang kian meruncing menimbulkan persoalan baharu apakah haiwan peliharaan berisiko dijangkiti wabak berbahaya itu?

    Tampil di media sosial, Public Health Malaysia (PHM) menjawab beberapa persoalan berkaitan perkara itu dengan memuat naik lakaran penerangan untuk kefahaman orang ramai.

    Jelas PHM, tidak dinafikan terdapat kes haiwan dijangkiti Covid-19 termasuk yang terbaharu seekor harimau disahkan positif wabak itu di sebuah zoo dekat New York, Amerika Syarikat.

    Bagaimanapun, PHM yang merujuk Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengesahkan tiada bukti jelas bahawa Covid-19 boleh menjangkiti manusia melalui haiwan.

    Sementara itu, individu yang bimbang jika haiwan peliharaan mereka dijangkiti Covid-19 boleh mengambil beberapa langkah pencegahan.

    Antara langkah pencegahan boleh diambil termasuk memandikan haiwan peliharaan selain tidak membiarkan haiwan berkenaan keluar dari rumah.

    Setakat ini lakaran penerangan PHM mendapat lebih 10,000 tanda suka dan dikongsi lebih 23,000 kali.

    Rujukan:
    Harimau Malaya, Nadia positif COVID-19 – Azul pula disyaki dijangkiti
    https://pakdin.net/harimau-malaya-nadia-positif-covid-19-azul-pula-disyaki-dijangkiti

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini