Covid-19 : 500 Pekerja Kilang Rokok Sampoerna di Surabaya Disyaki Dijangkiti

Jika anda menghisap rokok jenis Sampoerna, mungkin anda perlu melihat perkara ini dan bila tarikh rokok anda itu dihasilkan dan berfikir dua tiga kali.

Di Wilayah Jawa Timur, pihak berkuasa di sana telah mengesan satu kluster baru penularan wabak Covid-19 di Surabaya.

Ketua Kelompok Penanganan Kuratif Covid-19 Jawa Timur, Dr Joni Wahyuhadi berkata di kilang PT HM Sampoerna Rungkut, ada kira-kira 500 orang pekerja telah dijangkiti.

Dari jumlah berkenaan, seramai 100 orang pekerja telah pun diasingkan di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Surabaya.

Dari jumlah mereka yang diasingkan dan telah menjalani saringan pantas dan 63 orang mereka didapati positif. Baki akan menjalani ujian saringan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kini mereka semua menunggu keputusan ujian saringan swab test yang dijalankan di Hospital Dr Soetomo di wilayah sama.

“Sekarang sudah ada di hotel, saya tidak perlu menyebut namanya. Nanti anda takut pergi ke hotel, jika saya nyatakan,” kata Dr Joni.

Beliau yang juga Pengarah hospital berkenaan menjelaskan ada kira-kira 323 pekerja kilang berkenaan yang tidak bergejala Covid-19 telah pun melakukan ujian pantas berkenaan.

“Petang ini dilaporkan kepada saya bahawa terdapat 63 orang yang positif ujian cepat. Sementara ujian pantas untuk yang lain berterusan,” katanya.

Dr Joni berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Gabenor Surabaya dan pihak pengurusan kilang Sampoerna Rungkut untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Difahamkan, pihak pengurusan kilang itu sudah mengambil langkah menutup bahagian kilang yang terjejas dan mengarahkan kerja-kerja diberhentikan serta merta.

Pihak Sampoerna dilaporkan akan tetap komited menjaga kualiti produk rokok dengan mengkuarantin rokok selama lima hari sebelum diedarkan kepada pengguna. – TRI

BBerkaitan

Latest articles