Computer Forms Disaman Gagal Langsai Bayaran

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat berkaitan pengurusan acara mengemukakan saman terhadap Computer Forms Sdn Bhd selepas syarikat itu gagal melangsaikan baki tuntutan kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Menerusi notis petisyen mahkamah tinggi yang dikemukakan oleh Tall Order Sdn Bhd bertarikh 13 Jun 2023 itu, petisyen berkenaan telah diarahkan untuk didengari di hadapan mahkamah yang bersidang di Shah Alam pada 14 September 2023.

Sebelum ini Syarikat Tall telah menghantar notis tuntutan kepada Computer Form untuk melunaskan hutang berjumlah hampir RM400,000 selepas menguruskan acara perjajian perniagaan yang dimeterai antara CFM Berhad bersama Energy Absolute Thailand yang berlangsung di St Regis Kuala Lumpur.

Kegagalan Computer Forms mematuhi terma-terma menurut Seksyen 466 (1) (a) Akta Syarikat 2016, iaitu tidak dapat membayar hutangnya apabila tiba masanya dan prosiding boleh dimulakan untuk menggulung syarikat berkenaan, berdasarkan Akta Syarikat 2016.

BBerkaitan

Latest articles